RAKSAR MUNCUL DENGAN MUZIK VIDEO RASMI 'KIRIMAN SETAN'

 



Kumpulan fuzz rock dari Perak, Raksar,  telah melancarkan Video Muzik Baharu untuk lagu yang bertajuk 'Kiriman Setan' di saluran Youtube mereka, Raksar TV. 

Muzik video ini membawa penonton ke nuansa lewat 70-an dengan konsep gaya VHS & Klasik yang sesuai dengan genre lagu mereka.


Menurut Raksar, mereka telah merancang untuk mengeluarkan album penuh ke-2 mereka tidak lama lagi dan dijangka akan dirilis pada tahun ini. 

Walau bagaimanapun, tiada perincian lebih jelas mengenai konsep, tema album tersebut. setakat ini, sebarang berita akan dikongsikan di halaman rasmi  sosial media mereka kelak.

Raksar boleh diikuti di laman sosial dan saluran Youtube Raksar TV.







Comments