“Jika
kita semua dalam keadaan mabuk sehingga tidak akan pernah ingat semua
perkara tercela yang kita katakan dan lakukan antara satu sama lain, setidaknya kita
tidak akan ada rasa serba salah”
“Eighteis are coming!” Jerit seseorang
pada tengah malam tahun baru. “Semuanya
akan berbeza!”
Kau
memberitahu kepada mereka yang kau tahu semuanya akan terus tenggelam dan gelap.
Ya. Mereka takkan berpuas hati dan marah. “Kau masyarakat tak bertanggungjawab!
Antisosial!” jerit mereka lagi.
Memang
benar aku anti sosial. Sama seperti kawan-kawan aku yang lain. Ketika bar kegemaran
kami, Bells of Hells ditutup, aku dan kawan-kawan lebih memilih untuk berada di
rumah. Menyedihkan sekali.
Aku
banyak menghabiskan masa dengan berbaring sebab aku percaya dengan kata-kata
Ramones, "Nothin' to do, and nowhere to go" adakalanya aku berasa
aneh melihat orang lain walaupun kami saling tak mengenali.
Aku
hanya mahu bertenang, sambil memanggil kawan-kawan dari bilik yang lain, bertanyakan
sama ada mereka mahu menyerahkan diri ke dalam kerumunan orang ramai dan
menikmatinya.
“So,
apa kata Consensus?”
Aku
jawab, "Consensus kata, waddaya wanna be around people for? most of 'em
suck anyway!"
Kau
mungkin fikir aku seorang yang negatif. Ok. All right. Kalau aku negatif
sekalipun, kau boleh beritahu mak kau, “There's something wrong with the womb!”
Ha. Gotcha!
Selain
itu, aku mencurigai di tahun 80an kelak bahawa anti sosial yang dianggap
minoriti akan menjadi majoriti dan kita semua adalah masyarakat anti sosial.
Cuba bayangkan, Will Rogers melarang kita semua dan ketika itulah masa yang
terbaik untuk merayakan tahun baru di kota hantu ini.
Aku
nak bertanya kepada kalian semua, adakah kalian benar-benar menikmati malam
tahun baru? sudah tentu tidak. Kenapa? Sebab kalian masih hidup dalam khayalan
gila bahawa dunia akan terus membaik. Atau sebenarnya kalian semua percaya
dengan Ying dan Yang bahawa bumi akan terus berputar dan diberi kelahiran
semula? fuck no!
Kita
meletakkan harapan begitu besar ketika malam tahun baru dan berharap dapat
bertahan antara satu sama lain. Kita telah menghabiskan musim gugur dan musim
sejuk dengan menonton panduan hidup yang disiarkan di TV, selain bersenang-senang
dengan dunia manusia yang mengerikan.
Ingatan
paling jelas tentang tahun baru yang aku raikan adalah ketika aku merasakan terlalu
tua untuk mabuk. Kawan - kawan aku yang lain juga mabuk. Setelah itu, kami memutuskan
untuk keluar tanpa tujuan di El Cajon. Ketika yang lain sedang muntah di dalam
kereta di perhentian di Jack in the Box, aku mengatakan kepada mereka, “Selamat
datang ke 1967!”
Di
saat itu, kita tahu bahawa Hippie telah gagal!
1968:
Aku pergi ke sebuah pesta di mana semua orang minum vodka dengan begitu banyak.
Aku hanya melihat seorang saja yang muntah iaitu teman wanita aku. Muntah penuh
di seluruh seluar barunya. (Pagi tadi aku sempat memberitahu bahawa dia
kelihatan seperti seorang pelacur Tijuana)
Marezine
mula bekerja didalam badan aku. Aku melihat ada beberapa lelaki bersama kapak
dan tukul sedang membunuh syaitan bogel menyerupai babi sehingga mati. Aku
berhalusinasi semua orang berada dalam bilik aku menjerit, “Jangan bunuh!
Jangan bunuh!”
Sudah
tentu syaitan bogel itu mati dikerjakan oleh manusia gila.
Aku
sedang melihat seorang kawan berbisik di antara tingkap-tingkap yang menghadap
taman. "Lester!Lester!" Aku bangun dari tempat tidur dan berjalan ke arah
suara itu. Tidak ada apa - apa di sana kecuali angin yang meniup daun.
Aku
kemudiannya ke tandas dan menyangka bahawa ibu akan menjolok pelir aku dengan
sesuatu yang panjang dan besar melalui celah pintu.
Aku
masuk semula ke dalam bilik untuk tidur sebelum bermimpi Polis bahagian
narkotik ditempatkan di titik-titik yang strategik di seluruh kawasan sambil
memerhati aku dengan kacamata mereka.
Untuk
dua bulan pertama 1968, aku tidak menatap mata sesiapapun.
Comments
Post a Comment