A.LIMIN RILIS MUZIK VIDEO 'ANGIN', ARAHAN HASHRA SHAMSUDDIN




Kugiran tempatan A. Limin kembali untuk memberi kesegaran kepada para pengikut, peminat, dan industri muzik dengan melancarkan muzik video lagu “ANGIN” daripada album Sesudah Melakar Langit pada 20 Januari lalu.

Rilisan kedua A. Limin dalam bentuk sebuah album berkembar berjudul Sesudah Melakar Langit telah mendapat sambutan baik di kalangan peminat muzik tempatan sehingga tercalon sebagai TOP 5 Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23) dan layak ke peringkat akhir Anugerah Lagu Indie (ALI2022). 



Kini kumpulan A. Limin telah meluncurkan muzik video rasmi untuk lagu “ANGIN” yang dipetik dari album sama. Lagu dan lirik tulisan Amerul Ishraf (Merul) ini juga telah didampingi oleh visual epik hasil sentuhan pereka grafik 3D tempatan, Jiwosophy.

Menurut kugiran ini, lagu “ANGIN” adalah percubaan pertama mereka dalam menghasilkan bunyian yang lebih dekat dengan rendisi muzik Pop setelah mereka dikenali ramai menerusi sentuhan folk eksperimental yang mengusik jiwa para pendengar di dalam album pertama mereka iaitu Adam( 2019).

Muzik Video hasil kolaborasi A. Limin dan Harubiru Films ini diarah oleh Hashra Shamsuddin dan kini boleh ditonton oleh para peminat dan pencinta muzik tanah air menerusi laman YouTube rasmi Kamar Seni Studios.

Comments