YON.DERSHORE RILIS 'EMAK JADI BINTANG'

 


Band yon.dershore yang berasal dari Kuala Lumpur akan menerbitkan single yang berjudul ‘Emak Jadi Bintang’ pada 21 Oktober 2022. Lagu yang ditulis dan digubah oleh Yon ini turut ditambah baik oleh seluruh ahli band yon.dershore, iaitu Joe, Jez, Yo, Raymund dan Atoq. Single ini merupakan keluaran ke empat yon.dershore setelah EP Dua Lagu (Januari 2022), Sial (2021) dan Lepas (2020).

Proses rakaman, adunan dan mastering ‘Emak Jadi Bintang’ mengambil masa 6 minggu untuk disiapkan. Proses menyiapkan rakaman lagu ini adalah sebuah kerja berpasukan dan masing-masing yang terlibat memberikan idea mereka dalam usaha menjadikan lagu ini suatu bunyi yang diingati. Penambahan key lagu oleh Joe dan Dorey membawa pendengar turun dan naik bersama emosi lagu. 



Lapisan demi lapisan gitar dan vokal sampingan oleh Joe, Hani, Dorey dan Ely juga membuatkan lagu ini lebih lengkap dan penuh. Jurutera rakaman, Afi (hari.kiri) (yang juga jurutera rakaman pilihan Kucing Kotak Entertainment), turut berkongsi sentuhannya, seperti penambahan synth dan penambahbaikan drum serta susunan dalam ‘Emak Jadi Bintang’.

Seperti lagu-lagu yon.dershore sebelum ini, untuk lagu Emak Jadi Bintang, pendengar boleh menjangkakan bunyi dan feel yang berbeza kerana jurutera dan pemuzik yang terlibat dalam rakaman kali ini juga berbeza daripada yang terlibat dengan rakaman sebelum ini.

Dengarkan Emak Jadi Bintang di semua platform muzik online yang utama.

Untuk dengar lagu penuh, sila klik link Youtube ini https://youtu.be/Iw7ejP0ophw  pada 21 October.

Comments