AWANG SAMROW RILIS 'DOK DEGIH', GLITTER-GLAM ROCK NUANSA TERENGGANU

 



Berikutan kejayaan ketika listening party dan persembahan debut dengan kumpulan jemputan Hawa, Runs dan Monotones, Awang Samrow kini mengeluarkan single pertamanya 'Dok Degih' pada hari ini (5 September) di semua platform digital.

Awang Samrow merupakan projek muzik solo dalam dialek Terengganu oleh vokalis dan pencipta lagu Fahmi Samsudin; single sulungnya 'Dok Degih' adalah lagu pertamanya untuk album yang akan datang 'Pok Snahu' dan bertujuan untuk mewujudkan identiti muziknya sebagai seorang ikon rock moden melayu. 

Awang Samrow - Dok Degih

Awang Samrow menyelitkan neo-psychedelic dengan nostalgia glitter-glam rock 70-80an dan sentuhan bunyi etnik Melayu. Persona muziknya boleh digambarkan sebagai gabungan antara Tame Impala dan David Bowie dengan lagu-lagunya membangkitkan getaran laungan perang, misteri dan drama dengan penuh penggayaaan, dan persembahan bertenaga.

'Dok Degih' ialah simpulan bahasa Terengganu yang bermaksud tiada kesan tetapi  digunakan sebagai ungkapan yang bermaksud tiada kesakitan atau kebal. Contohnya apabila ada orang membuli anda dengan tumbukan, anda cuba selamatkan muka dengan mengatakan “dok degih pun (apa pun, ia tidak menyakitkan)”. Ia adalah lagu tentang ego manusia, kerana ego kita kita menafikan perkara yang menyakitkan hati kita.



Menerusi penerbitan Yasin Nasir (Luncai Emas), ia meminjam unsur-unsur daripada glitter rock 80-an dengan banyak menggunakan synths, dancey basslines dan string sections. Vokal oleh Awang Samrow adalah sebuah nostalgia namun kontemporari dengan sengkang reverb vokal dan harmoni.

Keluaran ini akan diikuti oleh tiga lagi single termasuk sebuah lagu dalam Bahasa Melayu menampilkan frontwoman Hawa, Eff Hakim. Semua single merupakan sebahagian daripada debut album 'Pok Snahu' yang dijangka dikeluarkan pada Oktober 2022.

Album ini terdiri daripada tujuh lagu dalam dialek Terengganu dan tiga dalam Bahasa Melayu, semuanya ditulis oleh Awang Samrow dan diterbitkan oleh Yasin Nasir. Pemuzik jemputan untuk album akan datang adalah dari band indie tempatan lain seperti Izzat Latif (Ramayan), Akmal Borhan (Plong!, Sayonara Boys!), Iqbal Raimi (Lari), Hidayat Nasir (Pitahati).

Comments