DENGARKAN RILISAN TERBARU FUAD, INDIE FOLK + DREAMPOP, 'AFTERMATH'

 



FUAD ialah gabungan adik beradik, lalu membentuk sebuah kugiran Indie Alternatif Malaysia dari Bukit Jelutong, Shah Alam. Walaupun citarasa muzik yang berbeza-beza dan jurang umur yang jauh antara remaja, Lisa Fuad dan dewasa, Arief Fuad, mereka mendapati pengaruh yang sama dan memutuskan untuk berkongsi muzik mereka kepada dunia. 

Julat antara genre mereka berbeza-beza tetapi mereka lebih condong kepada Rock Alternatif, Dream Pop dan Indie Folk. Pengaruh muzik mereka terbentang dari cinta Lisa terhadap Simon & Garfunkel, Neutral Milk Hotel, Siouxsie and the Banshees, Slowdive, Elliott Smith dan untuk Arief pula lebih terarah kepada musisi seperti Muse, Alvvays, Camera Obscura, Devics dan Priscilla Ahn.

FUAD baru-baru ini mengeluarkan single pertama mereka, 'Aftermath', pada 11 Mei tahun ini selepas mereka hiatus selama 2 tahun. Sebelum rilisan ini, pasangan adik-beradik itu telah mengeluarkan rentetan single pada 2020. Lagu paling popular mereka, '(don't sleep) mallory', telah dikeluarkan pada April 2020 dan telah memperoleh lebih 9,000 strim sejak dikeluarkan.



'Aftermath' merapatkan jurang antara Indie Folk dan Dreampop dengan gitar elektrik disokong oleh gitar akustik dan piano yang terbina secara dinamik. Lagu itu merangkumi perasaan kesedihan dan kehilangan dalam hidup dan menyentuh tentang muhasabah,  serta akur dengan kehilangan.

Mengambil inspirasi daripada puisi seorang rakan, mereka memutuskan untuk menjadikan ia sebuah  lagu dengan perubahan lirik yang mendapatkan keizinan dari sang penyair. Lagu itu kemudiannya dirakam dan versi demo telah dikeluarkan pada 2018.

'Aftermath' akan menjadi kenderaan untuk FUAD memulakan perjalanan mereka! Mereka akan mempunyai rancangan besar untuk tahun 2022 dan pastinya FUAD merupakan kugiran yang perlu diperhatikan.



Comments