NAFAS BARU “PIXELATED” OLEH GLISTENING REDCHAIR

 



Glistening Redchair (GRC) ialah sebuah kolektif rock/metal alternatif yang gemarkan penceritaan kisah-kisah di sebalik muzik yang berat dan rancak. Kolektif ini kebiasaannya lebih cenderung untuk mengeluarkan lagu-lagu yang lebih agresif, contohnya dalam “Therapist”, namun kali ini GRC memperlahankan rentak dan menggunakan pendekatan yang lebih intim untuk “Pixelated (Reworkings)” yang menceritakan tentang sebuah dunia yang hiperseksual. Pencipta lagu Gheff Abd Ghafar memaparkan perubahan perasaan protagonis daripada suka kepada benci tentang perkara yang disentuh dalam lagu tersebut. “Pixelated” sebelum ini telah pun terkandung dalam EP pertama kolektif ini iaitu “Guide Us Into Believing” pada tahun 2017. Jika versi asal lebih rancak dan bertenaga, “Pixelated (Reworkings)” mengubah suasana lagu dengan tempo yang lebih perlahan dan bunyi gitar fuzz yang menyesakkan, sesuai dengan identiti GRC yang terkini. Sebuah video klip rasmi turut dilancarkan bersama di laman Youtube yang menampilkan persembahan vokalis/gitaris Gheff berserta imej-imej yang mempunyai perlambangan seksual.



Menurut Gheff, “Jujurnya, Pixelated ialah salah satu lagu yang telah dilupakan sejak peralihan bunyi GRC daripada zaman Guide Us Into Believing kepada EP seterusnya iaitu Therapist. Mungkin sebab bunyinya lebih pop rock ketika itu, menjadikannya sangat berbeza dengan lagu-lagu lain. Tetapi dengan pelancaran EP Celestial pada tahun lepas (2021) yang lebih bermelodi, saya rasakan ia boleh diberi nafas baru sesuai dengan evolusi terkini GRC.” 



 



Comments