POP + LO-FI TARUHAN YON.DERSHORE UNTUK EP 'DUA LAGU'




Setelah melalui fasa MCO beberapa kali, sesi rakaman yang tergendala, dicucuk vaksin dan yang lebih menggembirakan, diberi sokongan dana oleh pihak Cendana, Yon.Dershore, sebuah band indie dari Kuala Lumpur, kini bersedia untuk mempersembahkan dua lagu mereka menerusi EP mereka yang dinamakan EP Dua Lagu. 

Lagu-lagu di dalam EP ini - ‘Sebelum Tidur’ dan ‘Into The Dark’ yang ditulis oleh Yon, telah dirakamkan secara berbeza dengan penglibatan Atoq (pemain gitar) sebagai produser, malah beliau juga bertanggungjawab dalam proses mixing dan mastering. 

Pendengar boleh menjangkakan bunyi dan feel dua lagu tersebut yang jelas berbeza, berbanding dua single yang pernah dirilis yon.dershore sebelum ini; Lepas (2020) dan Sial (2021). 

Yon.Dershore yang dianggotai oleh Jez (bassist), Yo (drummer), Atoq (gitar) dan Yon (vokal & gitar) berpendapat genre mereka untuk lagu-lagu dalam EP kali ini lebih ke arah Pop-Fi (Pop+Lofi). 

Dengarkan EP Dua Lagu di semua platform muzik online perdana mulai hari ini.


 

Comments