DUO POP ALTERNATIF, THE LOUNETTE RILIS TREK TERBARU, 'CHERRY WINE'

 




Setelah kemunculan sulung di dalam industri Indie tanah air dengan lagu “These Nights”, The Lounette kini kembali dengan keluaran baharu berserta video muzik. Rilisan terbaru kugiran ini yang bertajuk “Cherry Wine''. Kali ini The Lounette menunjukkan sisi yang berbeza untuk daya tarikan mereka yang membawakan set muzik orkestra yang berat yang mencurahkan bunyi yang lebih melankolik ke trek.

Ahli kumpulan The Lounette, Zurfahani Batrisya, dan Aqa Aiman telah mengubah dan mengatur susunan lagu ini. Cherry Wine memperkenalkan bunyi seram baru iaitu Romantik  Klasik diiringi dengan alunan orkestra yang mempesonakan. Muzik video itu memainkan estetika tradisional Dukun yang dipadankan sempurna dengan pakaian tradisional Melayu.



Konsep itu dipilih oleh pengarah kreatif, Aqa Aiman, serta pengarah, Afiq Mirza, agar sesuai dengan imej The Lounette sebagai entiti supernatural. Single ini dikeluarkan bersama video muzik di halaman YouTube rasmi mereka dan projek ini juga dibiayai oleh Cultural Economy Development Agency (CENDANA) dalam program ‘Independent Music Funding’ bagi tahun 2021. Single ini diedarkan oleh Breaking Music, syarikat di bawah Universal Music Global dan kini boleh didengari di semua platform muzik digital.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Aryanti Harny Hamli (Pengurus Projek), di talian
017-8196618, atau e-mel kepada ary@orbit22.site.
Instagram : @TheLounette


Comments