DEWATARAYA UMUM SINGLE TERBARU, TITIK PERMULAAN ALBUM AKAN DATANG



Dewataraya akan mengeluarkan sebuah single yang terbaru pada 5 November 2021, 830pm di Spotify dan Apple Music. Tajuk single tersebut adalah “Demimu, Untukmu, Buatmu” . Single ini sangat bermakna bagi mereka kerana ia menjadi titik permulaan album kami yang bakal dilancarkan pada Januari 2022. 

Lagu ini membawa satu ajakan kepada semua manusia untuk mengingati dan menghayati semula tujuan sebenar kita lakukan sesuatu, perjuangkan sesuatu dan memastikan kita tidak lari dari landasan tujuan tersebut. 




Terdapat pelbagai elemen yang mereka letakkan di dalam lagu ini agar peminat muzik dari pelbagai genre dapat menikmatinya bersama sama. Contoh elemen yang ada dalam lagu ini ialah, orchestra (strings, woodwinds dan brasses), marching band, dan elemen rock progresif).

Single ini akan dirilis pada 5 November 2021, 830pm di Spotify dan Apple Music
 

Comments

Post a Comment