MUZIK VIDEO TERBARU BRAINSTEW BERTAJUK BONEKA

 



Brainstew datang lagi dengan sebuah lagu yang bertajuk Boneka. Untuk pengetahuan umum, lagu Boneka telah pernah diriliskan dalam bentuk video lirik di saluran Youtube rasmi Brainstew. Walaubagaimanapun, rilisan kali ini berbentuk video musik yang pastinya akan menjanjikan sebuah pengalaman yang berbeza daripada rilisan sebelum ini.



Dengan semangat “Do It Yourself” yang lama dipegang dalam perjuangan ini, Brainstew tetap tekad menghasilkan sebuah hasilan digital yang sepenuhnya dilaksana secara sendiri. Ya, kita semua tahu Pandemik ini banyak menghalang pergerakan dan momentum projek seni. Namun begitu, ini bukanlah satu alasan untuk Brainstew daripada mengeluarkan  material baru untuk peminat muzik tanah air.

Dianggotai oleh Afi sebagai vokalis utama, Ajim sebagai pemain gitar bass, Faiz pemain gitar utama dan Narz sebagai pemain drum. Band asal dari Johor ini pastinya akan mengegarkan gegendang telinga anda dengan alunan yang bertenaga pada 27 Ogos 2021 ini.

Comments