ESCLAVE857 PERTARUHKAN EP TERBARU BERJUDUL SERPENTS TONGUE

 





Kugiran Beatdown/Hardcore Metal, Esclave857 pertaruhkan EP sulung berjudul Serpents Tongue.

             Setelah hampir 3 tahun tanpa rilisan terbaharu, Esclave kini tampil bersama EP sulung yang bertajuk “SERPENTS TONGUE”. Rilisan ini mengandungi 5 buah lagu yang sarat dengan atmosfera dan mood yang bervariasi, penuh emosi dan mampu menghentak jiwa pendengar sewaktu pandemik ini. Bagi penggemar muzik berat, EP ini adalah pilihan tepat dan hadiah untuk kalian sewaktu musim pandemik yang penuh dengan cabaran dan dugaan ini.

EP ini bakal dilancarkan didalam format CD (Cakera Padat) pada 31 Ogos 2021 melalui Pra-Pesan di semua laman media sosial Freshtown Records. Single “SERPENTS TONGUE” juga akan dirasmikan di semua platform penstriman seperti Spotify, Apple Music dan Bandcamp pada tarikh tersebut.
EP penuh di dalam format digital akan dirasmikan di platform penstriman seperti Bandcamp, Spotify, Itunes dan banyak lagi selepas tamat tempoh pra-pesan. 

Kolaborasi menarik di dalam EP “SERPENTS TONGUE” ini juga terdapat vokalis undangan iaitu Brother BIG di dalam lagu “Internal Struggle”. Kulit album dihasilkan atas kolaborasi bersama HEAVYSENI. Menurut beliau, ini adalah kali pertama projek kolaborasi untuk menghasilkan kulit album bersama band band tempatan. 

Bahagian teknikal seperti ‘Recording, Mixing dan Mastering’ pula mendapat sentuhan berkualiti dan kerjasama daripada Zarif Muazzam (Crazy Grizzly) di MAP MUZIK. Aspek teknikal dan sentuhan magik yang dihasilkan oleh Zarif di dalam EP ini boleh dikatakan setanding dengan standard muzik berat yang berada di dalam industri pada masa kini   


Comments