SINGLE TERBARU BUDAK NAKAL HUJUNG SIMPANG BERTAJUK LABU

 



Video dan lagu terbaru dari Budak Nakal Hujung Simpang, ‘LABU’, akan dilancarkan pada 31 Julai 2021. Video bersahaja yang dirakamkan secara ‘LIVE’ di Angkasa Event Space, Cheras, Kuala Lumpur ini berada dibawah arahan seorang jurukamera muda yang semakin mendapat kepercayaan, saudara
Aqil Muaz dan di bantu oleh dua orang lagi jurukamera, iaitu saudara Wady Zainul & Ken Azrain. Proses rakaman ini secara keseluruhannya berada di bawah seliaan Pengurus Band iaitu Puan Siti NurHazrah Hilmi atau lebih dikenali dengan nama manja “Madam Wong”. ‘LABU’ merupakan salah satu lagu yang tersenarai dalam Album terbaru Budak Nakal Hujung Simpang yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Lagu ini dicipta oleh saudara Amirul Hakim yang merupakan pemain Alto Saksofon bagi Band Budak Nakal Hujung Simpang. Ianya diilhamkan dari kejadian sebenar yang menimpa dirinya yang sering menjadi mangsa penipuan akibat terlalu percaya dengan janji-janji palsu yang bersifat retorik. Lirik bagi lagu ini pula ditulis oleh saudara John Bear, yang menyifatkan fenomena ini telah pun diberi pesanan oleh orang tua dulu-dulu, “Luncai terjun dengan labu-labunya”, dalam perspektif globalisasi, rakyat ibarat Luncai yang sentiasa bercita-cita, dan pemerintah diibaratkan sebagai Labu, yang terus menerus menabur janji, labu juga bakal turut hanyut bersama, tapi masih mampu terapung, dan yang menanti padah, pastinya Luncai, si hamba yang serba hina. Kritikan sosial yang dibawa dalam lagu ini cuba berkongsi rasa, pengalaman dan sekaligus membawa pendengarnya untuk berfikir sejenak supaya dapat menasihati diri supaya tidak mudah ditipu dunia.

Lagu ini dirakamkan di Studio Kamar Seni dibawah seliaan saudara Ag Coco dan saudara Emeirul Ashraf. Ketika sesi rakaman dijalankan, pencipta lagu ini, saudara Amirul Hakim mempunyai masalah
keluarga dan tidak dapat turut serta kerana berada jauh dari tempat rakaman. Namun usaha dan cita-
cita beliau diteruskan dengan bantuan seorang pemain Alto saksofon gantian, iaitu saudara Syed Syamer dan Aeolus Saksofon yang digunakan sepanjang sesi rakaman tersebut telah ditaja oleh The
Saxophone Store.

Illustrasi bagi lagu ini telah diilhamkan oleh John Bear dan diterjemahkan mengikut kreativiti seorang pelukis muda berbakat, saudari Lizzie Zany. CENDANA telah menjadi salah satu watak utama bagi memastikan kelancaran penggembaraan album ke-dua Budak Nakal Hujung Simpang. Bunyi baru yang lebih matang dalam lagu ‘LABU’ ini diharap dapat memberikan semangat dan pengajaran pada mereka yang telah ditakdirkan, jangan pula karya dan rasa ini dikhianati malah tidak diadili sewajarnya.

Lagu ‘LABU’ dan video clip terbaru dari Budak Nakal Hujung Simpang akan disiarkan secara ekslusif
di Channel Youtube rasmi BUDAK NAKAL HUJUNG SIMPANG, pada 31 Julai 2021 bersamaan
dengan hari Sabtu, 21 Zulhijjah 1442M pada jam 4.20 petang waktu tempatan.




Ketika artikel ini disiarkan, 'LABU' sudah pun disiarkan di saluran Youtube rasmi Budak Nakal Hujung Simpang.


Comments