MIM LANCARKAN ALBUM REMIX “RDJ:REMIX” SEMPENA ULANGTAHUN PERTAMA RUNUT DALAM JEDA, MENAMPILKAN LATE NIGHT FREQUENCY DAN ANGQASA

 


Album art: Huzaifah Mahmud



Sudah satu tahun semenjak MIM melancarkan sebuah EP yang mempunyai 7 buah lagu (termasuk satu lagu bonus). Runut Dalam Jeda (RDJ) dilancarkan secara rasmi pada 27 Jun 2020, fasa awal ketika pandemik melanda di Malaysia. Lagu tunjang, Kodokushi, diterima baik oleh orang ramai dan juga merupakan lagu yang paling menyerlah dalam EP ini. Pada tahun yang sama, seni reka kulit hadapan EP tersebut – direka oleh Huzaifah Mahmud, dicalonkan sebagai “Seni Reka Kulit Album Terbaik” untuk TAPAUawards 2020. 


FOTO: MIM


MIM juga dijemput untuk melakukan persembahan penutup bagi pentas separuh akhir Anugerah Lagu Indie 2020. Bagi meraikan ulangtahun pertama Runut Dalam Jeda, MIM bekerjasama dengan karyawan synthpop Malaysia, Late Night Frequency dan pemuzik ambien ANGQASA dalam menghasilkan sebuah EP remix, yang mempunyai 7 lagu keseluruhannya. Late Night Frequency dipacu oleh Moja Husni – jgua merupakan ahli kumpulan Monalyssa, Shuuna dan kini sedang menaikkan Late Night Frequency. Manakala ANGQASA pula adalah sebuah projek solo yang dikendali oleh Alvin Seah, yang mempunyai minat mendalam terhadap muzik ambien/post-rock.


FOTO: LATE NIGHT FREQUENCY


Late Night Frequency dan ANGQASA berganding bahu Bersama dalam menghasilkan 3 buah lagu remix, iaitu Demon, Exequy dan Remedy, manakala lagu yang berbaki dalam RDJ:Remix dihasilkan sendiri oleh ahli kumpulan MIM, iaitu Neo Zora dan KG.


FOTO: ANGQASA


Pelancaran rasmi EP ini akan diadakan secara atas talian pada 28 Julai 2021 di saluran Youtube Atas Angin, dimana MIM dan Late Night Frequency akan membuat persembahan untuk sebuah festival muzik atas talian “Indie Dari Rumah”. Festival ini boleh ditonton secara percuma melalui pautan berikut:  https://www.youtube.com/channel/UCcjBwpI0BefvSdIiExNnVMQ. Keseluruhan EP boleh dilayari dan dibeli pada masa yang sama di pautan https://soundsofmim.bandcamp.com/album/rdj-remix.  Projek ini disokong oleh Cultural Economy Development Agency (CENDANA) #CENDANACreateNow #CENDANAMalaysia. 


Comments