SETELAH 6 TAHUN, MAVERICK MUNCUL DENGAN SINGLE 'VACCINE'



2021 merupakan tahun MAVERICK membuat kemunculan bersama semula setelah hampir 6 tahun berehat dari cuti yang panjang. Bersama barisan pemain asal iaitu Fazli (gitar), Nas (drum), Shah (gitar), dan anggota baru iaitu Ikram sebagai pemain bass. Kini MAVERICK, mengeluarkan sebuah
single tentang keadaan semasa. Lagu “Vaccine” ini tercipta dari ilham pemain gitar kami iaitu Fazli berkenaan keadaan isu-isu semasa yang terjadi di seluruh pelusuk dunia. 



Mengambil masa dalam satu tahun untuk melengkapkan lagu ini, menurut Fazli, “Idea untuk membuat lagu Vaccine ni tercetus bukan hanya untuk menekankan perlunya penyembuhan terhadap wabak sekarang, tetapi secara kiasan juga menekankan desakan untuk mengikis hipokrasi dan ketoksikan dalam masyarakat kita yang berselindung disebalik organisasi dan media sosial dengan menyebarkan niat dan kata-kata berunsur kebencian”. Sesi rakaman lagu Vaccine dibuat di Studio Pekanmaya Records. MAVERICK menggunakan khidmat Ojoe (bekas pemain bass Couple) selaku Engineer rakaman, mixing dan mastering. 

Single Vaccine ini akan dilancarkan di platform digital mulai 06 Jun 2021 diikuti dengan video musik yang akan dimuat naik sekitar awal Ogos 2021.MAVERICK juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Msyafiqikhwan selaku jururakam video musik dan juga Futurosak selaku tukang kreatif dalam membuat artwork cover.


 

Comments