GLISTENING REDCHAIR TAMPIL DENGAN VIDEO LIRIK BAHARU “PORTALS”

 



Kolektif alternative metal Seri Iskandar, Glistening Redchair (GRC) telah merilis video lirik eksklusif untuk lagu terbaharunya “Portals” secara premiere di saluran Youtube mereka pada 30 April. Lagu ini diterbitkan sebelum keluarnya album penuh terbaru “Celestial” pada 26 Mei ini. 

Teras utama bunyian GRC terinspirasi daripada alternative rock/metal; secara khususnya, muzik gitar berat daripada zaman alternative 90an dan 2000an dan berkecenderungan terhadap sludge seperti Deftones, Melvins, dan Alice in Chains. Sehingga kini, GRC telah konsisten mengeluarkan material setiap tahun sejak penubuhannya. Antara rilisan yang lebih dikenali umum ialah EP grunge metal “Guide Us into Believing” dan EP seterusnya “Therapist” yang lebih kotor dan berat daripada segi bunyi dan konsep.

Pada tahun 2019, GRC telah menjayakan sebuah jelajah mini untuk mempromosikan EP “Therapist” yang melibatkan persembahan di pelbagai pusat gig di seluruh Semenanjung Malaysia. GRC juga aktif dalam menjadi band sokongan untuk pemuzik lain yang membuat
jelajah; antaranya ialah band grunge terkemuka tanah air maddame, duo post-punk dari UK/Jerman Das Fluff, dan band punk rock Singapura Take-Off.

GRC baru sahaja meriliskan single terbaru mereka “Elaborate Dreamy State” yang menjadi
titik permulaan ke arah album baru mereka untuk tahun 2021. Sementara itu, Gheff juga
menulis untuk Junklist Digest, sebuah majalah fizikal terbitan Junklist. Beliau juga ialah
penasihat sebuah badan pelajar yang mengetengahkan bakat muzik di Universiti Teknologi
Petronas.




'Portals' bercerita tentang situasi perjalanan merentasi jarak yang sangat jauh dan menakutkan demi mencari sesuatu. Secara metafora, ia melambangkan perjalanan hidup
kita; ada banyak ‘jalan pintas’ yang tersedia jika kita berusaha untuk mencarinya. Tetapi kadang-kadang ia membawa kita semakin jauh daripada matlamat asal kita. "Saya sentiasa berusaha untuk ingat dengan matlamat asal GRC diusahakan: untuk meraikan kehidupan kita yang singkat ini, dan berkongsi cerita dalam bentuk muzik dengan semua orang yang sudi mendengar." Menurut Gheff Abd Ghafar, vokal/gitar/produksi, GRC 'Portals' bersama rilisan sebelum ini “Elaborate Dreamy State” diterbitkan secara bersama oleh GRC dan Hazardgeek Records untuk pelbagai media penstriman digital. 

Comments