SAIXSE RILIS ALBUM DEBUT, X S E



Saixse adalah  penyanyi dan juga penulis lagu kelahiran Malaysia, yang berpusat di Kuala Lumpur. Saixse meriliskan karya beliau di SoundCloud sejak berusia 16 tahun dan mempunyai sekitar 500,000 karya beliau dimainkan pada akhir tahun 2020. Lagu pertamanya yang mendapat sedikit pendedahan adalah "Vibe" dan urutan "Vibe II" bersama Eemrun. Beliau berusaha untuk berkembang dan menjadi lebih besar pada 2021 dan mengeluarkan lebih banyak lagu. Genre dan gaya lagu-lagunya ada di antara R&B dan Hip Hop.

"X S E", adalah album sulung Saixse di bawah NICERRR SOUND. Album ini dilengkapkan dengan kolaborasi beberapa artis seperti UmarFaruq dan JangGahai. Album ini mempunyai perasaan dan emosi yang bercampur diungkapkan oleh Saixse secara menyeluruh melalui lirik dan irama lagu-lagu. Dari irama yang melenting dalam "Why Do You Love Me?" menampilkan UmarFaruq, ke puncak klimaks "Thousand Thinks" yang menampilkan JangGahai, hingga getaran synthwave di "City Pretty Night Lights". Ia benar-benar roller coaster emosi. Saixse memberi makna dalam meluahkan perasaan dan pemikirannya melalui melodi dan lirik ke dalam semua lagu.


"Better", salah satu single dari album terbaru Sai "XSE" yang ditulis oleh Sai sendiri seperti kebanyakan single lain. Dia menyatakan bagaimana perasaannya terhadap dirinya dan orang di sekelilingnya dan ingin menjadi orang yang lebih baik. Sejauh ini "Better" adalah salah satu hits terbesar Sai. "Saya mahu menjadi lebih baik" - mengutip Sai kepada semua kru semasa penghasilan video muzik.


Comments

Post a Comment