SIRI INTERVIEW IBLISS: BARAI, KOTOR DAN NAKAL

 



Ibliss adalah kugiran Stoner Doom dari Petaling Jaya yang dianggotai oleh Fo, Wan dan Dan. Dipengaruhi oleh kugiran - kugiran seperti Electric Wizard, Uncle Acid & The Deadbeats, Ibliss ditubuhkan pada tahun 2020, dimana bermula sekadar untuk melepaskan kreativiti ketika jamming, sehinggalah berfikir untuk mendirikan sebuah kugiran yang serius. "Sound barai, kotor, dan nakal tu yang kitorang nak main". Ungkap, Fo, vokalis dan pemain bass. "Memandangkan kitorang jamming pun main lagu sendiri, jadi alang - alang baik buat betul -  betul, kan? kebetulan pula kami memang minat Stoner Doom, maka tertubuhlah Ibliss, dimana lagu-lagu yang Wan ciptakan, dan tugas arrangement dapat sentuhan ahli yang lainnya". Jelas Fo.


Proses rakaman EP 'Demonic, Her' dilakukan di Studio Mokhtar, Iseeksmusic Studio dan memilih untuk meriliskan EP tersebut pada 31 Disember tahun lalu,  "Dua lagu je pada awalnya, lepastu kitorang setup Bandcamp untuk  seolah portfolio la. Senang nak intro walaupun sekadar dua lagu." Cerita Fo. 

"Lepastu dok jamming untuk ready rakaman lagu seterusnya, dimana perancangan awal adalah nak rilis 'Demonic, Her' pada Boxing Day, tetapi dengan Covid - 19 bagai, dengan kitorang tak puas hati dengan rakaman lagu 'Dark Room Charm', so kitorang buat keputusan untuk masuk recording semula dan memilih tarikh 31 Disember untuk rilis EP". Kata Fo, yang juga menceritakan pengalaman beliau kali pertama masuk ke studio rakaman. "So, lepas dah puas hati re-record, maka cukuplah enam buah lagu untuk EP 'Demonic, Her'."




Mengenai lirik dalam konteks pembahasan bunyian Ibliss, Fo mengatakan bahawa lirik - lirik lagu Ibliss adalah berkisarkan seks, dadah dan pembunuhan. "Ada sedikit metafora, tapi tak berat sangat pun, lirik kitorang simple dan elemen 'jahat' ada selain kitorang memang nak ada soul happiness dalam muzik dan lirik. Jahat + happy? Okay tak" Tawa Fo. "Demonic Stoner Doom having fun". Ungkap Fo lagi.

"Sejauh mana korang percaya dengan muzik korang?" Tanya aku sebelum jarum jam menandakan pukul 2 pagi. "Sejauh mana tu kitorang tak tahu." Respon Fo. "Kita hanya enjoy dengan muzik yang kitorang buat, yang lain adalah urusan Ibliss. Kita tak kisah pasal benda lain, nak kecam or suka ke, we don't give a fuck."

Karya - karya Ibliss boleh didengarkan di platform digital seperti Youtube dan Bandcamp.

Bandcamp Ibliss:

( https://ibliss666.bandcamp.com/?fbclid=IwAR0oigSLvge96PY2ugQms0ELkYTdWVoorW92THxSNpwphDef-ltZy9jRs9A )

Comments