ROTAN CHIPPERS RILIS SINGLE 'MEKAR'

 



Rotan Chippers adalah sebuah kugiran berasal dari Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada tahun 2019. Setelah merilis dua single sebelumnya, kugiran yang berkiblatkan Rage Against The Machine, Red Hot Chili Peppers dan Naked Butterfly ini baru saja merilis sebuah single bertajuk 'Mekar' disamping Rotan Chippers turut mengerjakan sebuah album debut penuh yang akan datang.




Ketika mendengar lagu 'Mekar', sedaya upaya sebagai pendengar, cuba melupakan nama Rotan Chippers, sebuah taruhan lagu yang menarik, berbanding nama mereka. Tidak seperti single mereka yang sebelumnya, 'Mekar' disuntik nuansa melankolik disamping membawa mesej yang dekat dengan keperibadian mereka. single 'Mekar' ini diterbitkan oleh Hazardgeek Records dan dirakamkan segalanya di rumah. Single 'Mekar' jadi taruhan yang berani untuk Rotan Chippers. 

Setidaknya, 'Mekar' menunjukkan sisi musikalisasi yang lebih ingin diperkatakan untuk sebuah kugiran Funk Rock, Rotan Chippers. Single 'Mekar' ini boleh didengarkan di platform digital seperti JOOX, Apple Music dan juga Spotify.

 



Comments