Teks oleh: Zhafirin Zulkifli
Foto: Steff Fleur
"Being straightforward dan adakalanya membalut dengan metafora dan bahasa puitis." itu yang saya temukan dalam sebuah buku nota, petikan dari interviu yang tak sempat disiarkan tidak lama dulu. Ia masih berlegar dalam draf interviu Steff Fleur, merespon tentang lirikal beliau.
Steff Fleur adalah singer-songwriter dari Sarawak yang mula aktif sejak tahun 2014. Musikalisasi Steff banyak diinspirasikan daripada The Beatles, HAIM, sehinggalah musisi berentak disco funk beats. Steff Fleur sempat merilis sebuah EP bertajuk Jupiter pada trahun 2017, dimana beliau membawa nuansa muzik pop era 60an ke dalam lagu 'Sentimental Heart' kemudiannya menyuntik bunyian Synthpop melalui lagu 'Hurt Nobody'.
Mengenali Steff Fleur pada tahun 2018, dengan sisa ingatan yang terbatas, kami bertukar sapaan disebuah acara di Kuching. Pada mulanya, masing-masing kekok untuk memulakan perbualan hinggalah penemuan titik novelis Jepun, Haruki Murakami dalam perbualan. Dari Murakami, dengan beberapa rilisan tulisan cerita pendek beliau yang saya baca, kemudian transisi Steff Fleur sebagai seorang musisi.
Entah apa yang dirisaukan pada ketika itu adalah kebanyakkan lagu yang datang kepada saya adalah tentang sebatang sigar, menjual kesepian, gelap dan falsafah yang dikutip dari sosial media. Ia menakutkan untuk sebuah muzik untuk didengarkan pada ketika itu. Jika Murakami menulis bersama muzik-muzik kesukaan beliau, sepertimana kenyataan beliau "Muzik Rock adalah baik didengarkan ketika menulis". Apakah Steff Fleur menyajikan hal yang sama? ia adalah persoalan yang menyinggah dalam kepala ketika mata Steff Fleur penuh pelangi ketika bercakap soal musikalisasi beliau.
Baru-baru ini, Steff Fleur meriliskan sebuah single terbaru yang bertajuk 'To Wherever I Wanted' bernuansa Elektro-Pop yang diterbitkan oleh AOK Records, dengan kerjasama bersama Farouk Kamil dan Louis Cornelius Ling untuk susunan dan komposisi lagu tersebut. Mengulas lagu tersebut, sepertimana mata Steff Fleur bercakap tentang musikalisasi beliau, beliau tidak menjual kesedihan dan kesepian, 'To Wherever I Wanted' adalah sebuah pertunjukkan sisi muzik Steff Fleur yang sesungguhnya dengan melodi, nuansa dan kekemasan vokal yang bersahaja dari Steff Fleur berbanding rilisan yang sebelumnya yang tidak lebih dari sebuah lagu Pop. 'To Wherever I Wanted' setidaknya menunjukkan sisi kematangan, sisi musikalisasi Steff Fleur yang diperlukan untuk mewarnai karya beliau sebagai seorang musisi.
Lagu 'To Where I Wanted' sudahpun berlegar dan boleh didengarkan di platform digital seperti Spotify dan Apple Music. Steff Fleur boleh diikuti di sosial media untuk melihat dan mendengar sisi muzik Steff Fleur.
'To Wherever I Wanted' boleh dianggap sebuah perjalanan yang segar untuk Steff Fleur.
Comments
Post a Comment