MUZIK DARI PETI EMEL: ZARA KAYANGAN DAN SUNFLOWER SPACESHIP

 



Produser bunyian elektro dan singer-songwriter, Zara Kayangan baru-baru ini meriliskan sebuah single bertajuk 'Pluviophile' tentang mencintai 'suara' hujan dan menurut beliau, lagu ini diciptakan untuk penikmat hujan. Single ini juga turut menampilkan gitaris kugiran Kabus dan Rotan Chippers, Danial Abrar sebagai rakan kolaborasi dalam single tersebut.

"The reason why I took him is because I was impressed by his guitar work twice. One is during the big collaboration called "Kita Jaga Kita" (which also includes him and I) and the other was during "Laga Maya" when the band Kabus covered Swerved's track." Jelas Zara Kayangan tentang kolaborasi beliau bersama Danial Abrar. 

Menyentuh nuansa pembawakan 'Pluviophile', single ini bukanlah tentang remang-remang gelap, nostalgia tetapi boleh kita rasakan saat mendengar 'Pluviophile', nuansa lagu ini begitu warna-warni dengan pop-lofi yang kental.


"I hope that this song will attract attention from lo-fi instrumental fans as well as fans from local indie scene. In addition, I hope that this track will catapult Danial Abrar because I think he is such an underrated gem in the scene. Aside from that, I also hope that this song is a stepping stone for me to go further in the music scene." Tambah Zara Kayangan.



"Apakah memori masa silam itu? Itu kami letak pada pendengar sendiri untuk menilai." Jelas Icam, pemain dram dan juga direktor muzik video 'Stuck in Time' mengenai rilisan terbaru Sunflower Spaceship. "Sebatikan penceritaan kami dengan diri masing-masing kerana kami percaya, setiap orang punya kisah silam yang tragis, cuba untuk dilupakan."




Sunflower Spaceship adalah sebuah kugiran psikedelik, funk yang berasal dari Batu Caves ditubuhkan pada tahun ini. Dipengaruhi bunyian Tame Impala, Daft Punk, The Doors, diakui oleh Icam sendiri, mereka sedang mempertaruhkan nuansa teaterikal ke dalam muzik mereka. Jelas beliau lagi, mereka sememangnya cuba untuk menghasilkan bunyian yang lebih moden dan disuntik elemen retro dengan harapan pendengar boleh bernostalgia dengan memori.

Berbalik kepada single 'Stuck in Time', dengan muzik video yang menarik bersesuaian dengan penceritaan lagu tersebut, sebaliknya, melalui pendengaran personal, bunyian rilisan tersebut tidak begitu kuat dengan nuansa yang ingin dibawakan jika dilihat idea-idea yang ingin ketengahkan oleh Sunflower Spaceship. Seperti mana nama kugiran ini, ia adalah ruang yang besar untuk mereka terus mekar dan merealisasikan bunyian Sunflower Spaceship yang diinginkan.









Comments