Foto: Band Im Innocent
Band Post-Rock dari Kota Kinabalu, Im Innocent baru-baru ini merilis sebuah single bertajuk Mind Blown, dinamik dan struktur lagu Mind Blown adalah seperti mana universal post rock yang biasa kita dengar. Dipengaruhi oleh bunyian dari Mogwai, CHON dan Maybeshewill ini digayakan dengan identiti shoegaze, math rock dan art rock disamping disulam dengan bunyian yang kompleks dan tipikal ruang bunyi progressive rock.
"Segala kekalutan fikiran yang dialami membuatkan ianya bereksperimentasi dengan pelbagai bunyi." Jelas Komposer dan gitaris, Im Innocent, Mohd Redzuan. "Boleh dikatakan layering pelbagai jenis effect bermula dengan mencuba reverb dan delay kemudian digabungkan dengan effect pitch shifter delay, dan ia dirasakan bersesuaian dengan imej yang ada dalam fikiran."
Lagu: Mind Blown
Artis: Im Innocent
Dianggotai oleh Innocentclair, Jie Rie, Redzuan, Hakim, dan Bryan Ian, Im Innocent sudah pun merilis sebuah studio album yang bertajuk Even The Great Fall yang dirilis oleh Dreamhead Records pada tahun 2019.
Lagu: Jupiter's Moon
Artis: FUAD
Duo Dream Pop dari Bukit Jelutong meriliskan single terbaru Jupiter's Moon selepas mencuri telinga pendengar dengan single (Don't Sleep) Mallory. Menurut Arief Fuad, Jupiter's Moon ditulis oleh Lisa Fuad pada dua tahun lepas dan lagu Jupiter's Moon berkisarkan tentang keinginan untuk mengembara ke sebuah tempat yang jauh dari keberadaan sekarang.
"Single ini sengaja diriliskan pada bulan Jun kerana Juno adalah Jupiter's wife according to Greek Mythology." Jelas Arief. "We will also have some stickers of the album art for purchase as our first merch."
Lagu ini boleh didengarkan di Spotify dan Youtube selain boleh mengikuti Fuad.Duo di laman sosial duo dream pop ini.
Lagu: Selamat/Tinggal
Artis: Wp.Shhh
Selepas mengeluarkan EP Alunan Pop Rojak Moden bersama Kugiran A. Sazali, Wan Purong kini sedang giat menjayakan projek solo yang diberi nama - Wp.Shhh yang masih mengekalkan bunyian pop rojak. Berbeza ketika bersama Kugiran A.Sazali sebagai gitaris, posisi Wan Purong bersama Wp.Shhh adalah vokalis disamping dibantu oleh musisi yang lain.
Menurut Wan Purong, projek ini lebih kepada mengisi ruang kosong kehidupan dan ia diterjemahkan dalam bunyian single terbaru Selamat/Tinggal yang bersahaja manakala Kugiran A.Sazali, lebih berat dan menitikberatkan komposisi. Selain itu juga, Wan Purong juga aktif mengadakan sesi akustik bersama musisi dari Sarawak yang disiarkan di saluran youtube Bilit Tido Rekod yang baru-baru ini menampilkan singer songwriter, Ayuii.
Menurut Wan Purong, projek ini lebih kepada mengisi ruang kosong kehidupan dan ia diterjemahkan dalam bunyian single terbaru Selamat/Tinggal yang bersahaja manakala Kugiran A.Sazali, lebih berat dan menitikberatkan komposisi. Selain itu juga, Wan Purong juga aktif mengadakan sesi akustik bersama musisi dari Sarawak yang disiarkan di saluran youtube Bilit Tido Rekod yang baru-baru ini menampilkan singer songwriter, Ayuii.
Comments
Post a Comment