AL-KISAH LAKES AND SNADDERS




Lakes And Snadders adalah band Metal dari Klang / Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Kumpulan ini ditubuhkan pada akhir 2008 oleh dua anggota asal Emir Nazreen dan Fazi Nashriq. Band ini memulakan langkah mereka dengan mengambil tiga orang manusia lagi demi melengkapi band mereka iaitu Epy sebagai suara, Mustaqim sebagai pemain bass dan Wan Ibrahim sebagai pemain gitar kedua. Mereka memulakan langkah pertama mereka dengan latihan muzik-muzik keras bagi mereka untuk mencabar diri sendiri pada asalnya dan kemudian bertemu pula dengan Elle Deen pada tahun 2009 di penghujung tahun sebagai pemain keyboard penambah seri muzik mereka. Mereka telah menyertai kurang lebih dua gig bersama Epy tetapi keadaan seperti itu tidak berlarutan lama kerana Epy terpaksa meninggal-kan band atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh diceritakan. Lalu, posisinya sebagai vokalis diambil-ganti oleh Elle Deen secara terus. Pada ketika ini, Lakes & Snadders hanya berbekalkan sebuah lagu sahaja yang dicipta sendiri oleh mereka, judul kepada lagu itu adalah Clarity Arise (Rakaman secara langsung lagu ini dibuat di Lycan Studio, Subang Jaya
untuk tujuan demo) dan menyertai lebih banyak lagi gig di-penghujung tahun 2009 itu juga sehingga berterusan ke pertengahan tahun 2011, di-antaranya Crash The Moshpit, Soundmaker, Penang oleh Beautiful Owl, Musixx Event di One Cafe oleh Musixx Core Event dan di Taman Tas, Kuantan oleh Shalien Crew.



Pada penghujung 2011 pula, ketika Emir Nazreen dan Fazi Nashriq mula berbincang untuk mengeluarkan sebuah lagi lagu yang berjudul Now I Claim Your Sun (rakaman lagu ini dibuat di Bandshop oleh Nash Muhandes dan El Moe, Beatburns untuk tujuan demo), suara band ini telah bertukar sekali lagi dan pertukaran ini bukan lah pertukaran yang kecil tetapi begitu besarnya di-mana Elle Deen terpaksa meninggal-kan Lakes & Snadders dan mula mengejar impiannya dan di-sini bermula buat kali pertama perjalanan muzik Ziddy Matin yang dengan rendah hatinya mengganti-kan Elle Deen. Manakala Wan Ibrahim juga menyatakan hasrat untuk meninggal-kan band ini oleh kerana kekangan masa pada ketika itu di-mana kesemua ahli band ini mula menyambung pelajaran mereka ke-tingkat yang lebih tinggi dari dunia persekolahan dan tempat beliau diganti pula oleh Zurin, keputusan ini teramat lah penting oleh kerana beliau pada asalnya seorang pemain dram dan kami bertungkus-lumus memecah keringat untuk mengajar beliau cara yang betul bermain gitar bermula dari bawah. Mustaqim pula lain ceritanya di-mana beliau telah digantikan oleh Khalaf Khibir kerana tidak mampu meneruskan lagi perjuangannya bersama band ini dan mula menyertai banyak band lain selepas itu.

Setelah berlaku pertukaran ahli secara drastik di tahun 2011, Lakes & Snadders masih meneruskan langkah di tahun 2012 dengan lebih banyak gig dan showcase sehingga pada suatu saat mereka mula rasa tidak cukup untuk bergerak lebih jauh dengan hanya berbekalkan dua buah lagu sahaja dan telah semakin penat untuk cover banyak lagu di-atas permintaan ramai yang pada ketika itu, di tahun 2012 kehadapanya, walaupun telah menyertai acara-acara besar seperti MYMC Roadshow, Rumah Api dan telah di-ulas oleh media terbesar seperti ROTTW dan di-ulas lagi selebihnya di beberapa zine underground tempatan, mereka rasa ini lah masa yang paling sesuai untuk mencipta sebuah lagi lagu yang berjudul Fragment (Tiada rakaman pada ketika itu, hanya dimainkan di-atas pentas) dan dengan keberkesanan impak lagu ini di gig-gig dan showcase, mereka mengorak langkah lebih jauh lagi ke-seluruh semenanjung Malaysia terutamanya di Penang dan pada ketika itu juga lah tempat Emir Nazreen banyak digantikan oleh manusia-manusia hebat dan bertuah yang lain, kerana ketidakmampuan Emir azreen untuk menghadirkan diri ke setiap gig kerana tidak mahu mengganggu
fokusnya terhadap pembelajaran. Di-antara pengganti-pengganti Emir Nazreen ketika itu ialah, Haikal dari band Maz Mona, Faizi dari band Maz Mona dan Akhimullah.

Pada pertengahan tahun 2013, ketika Lakes & Snadders berada ditahap yang stabil, di-mana Akhimullah telah diterima untuk mengganti-kan ketiadaan Emir Nazreen secara permanen (sessionist), band ini dikejutkan lagi oleh berita yang kurang enak dan mereka tahu, tiada lagi harapan untuk meneruskan lagi kerana berita ini hampir membunuh perjuangan mereka. Berita sekaligus ini,
telah mematahkan semangat mereka hingga tiada yang tersisa, berita tentang pengunduran Emir Nazreen dari Lakes & Snadders yang mana kita semua tahu dia adalah salah seorang dari pengasas kepada band ini. Sejurus selepas berita pengunduran diri dari Emir Nazreen, kami terima pula pengunduran diri oleh Ziddy Matin yang telah menjadi pembesar suara band selama ini dan beliau
meminta keizinan untuk meneruskan langkahnya bersama Daarchlea. Pada ketika ini, Lakes & Snadders mula hilang arah dan berdiam diri, meninggal-kan dunia muzik untuk selamanya. 2013 adalah tahun hitam bagi mereka dan angka itu masih menghantui ahli-ahlinya. Keadaan yang hitam dan berat itu tidak lah berlarutan panjang kerana setahun selepas itu, Akhimullah atau lebih dikenali sebagai Akhil mula bertindak untuk mengambil mandat sebagai vokalis Lakes & Snadders dan telah
menjentikan kembali semangat kepada Fazi Nashriq, Khalaf Khibir dan Zurin untuk meneruskan semula perjalanan Lakes & Snadders kerana beliau tahu, tidak mudah untuk sampai ke-tahap ini. Lalu mereka mula membuat keputusan untuk mengambil seorang lagi pemain gitar untuk melengkapkan band ini dan keputusan sebulat suara dibuat untuk mengambil Khidir Khibir sebagai gitaris dan sebagai penambahan, Haiqal (Qal) sebagai pemain keyboard tetapi oleh kerana Khidir
Khibir masih bersekolah dan Qal pula penuh dengan komitmen-komitmen yang penting dalam hidup beliau, akhirnya kami mengambil Syamil atau nama panggilannya Siv sebagai gitaris bagi mengganti-kan tempat Emir Nazreen. 

Bergerak dengan langkah pertama mereka untuk masuk ke studio rakaman bagi merealisasikan lagu rasmi Lakes & Snadders yang pertama. Mereka ke lakukan rakaman untuk di NuBreax Studio yang di miliki oleh Ardy Hamdan, sejurus selepas peristiwa itu, maka keluar lah lagu Fragment secara rasmi bersama merchandise berupa baju dan mula di-promosikan secara besar-besaran sebagai kemunculan semula Lakes & Snadders di tahun 2014. Mereka teruskan lagi usaha untuk melupakan 2013 dengan mengeluarkan Music Video pertama mereka yang diproduksikan sendiri oleh mereka bersama rakan-rakan yang terdekat dengan band pada ketika itu. Lakes & Snadders terus bergiat secara aktif dan penuh semangat sehinggakan tidak terkira gig di-tahun 2014 itu hanya untuk mempromosi-kan sebuah lagu sahaja dan pada ketika itu juga lahir lah lagu yang berjudul ALYSA (The Last Hope) (tiada rakaman pada ketika itu, hanya dimainkan di atas pentas) dan Isolation (tiada rakaman, hanya dimainkan di atas pentas).

Tahun 2014 sangat gemilang dan disambung pula ke tahun 2015 dengan setiap minggu di gig-gig dan showcase bersama band-band tempatan yang lainnya. Keadaan semakin stabil dan mereka mula memberanikan diri untuk memproduksikan rakaman lagu-lagu mereka secara sendiri (DIY), mereka mula mengadakan “home studio” mereka sendiri dan banyak lagu-lagu telah dirakamkan, antaranya ALYSA dan Isolation. Tetapi fokus mereka bertukar sedikit untuk memberikan penghargaan kepada masa lampau mereka mula menapakan diri di dunia muzik ini dengan merealisasikan lagu Now I Claim Your Sun dengan menggunakan segala yang mereka ada untuk memproduksikan Music Video kedua mereka untuk lagu itu dan mereka telah menghubungi Elle Deen semula untuk muncul dan menghadiahkan suaranya sekali lagi buat para pendengar. Elle Deen bersetuju dan projek berjalan dengan lancar, dibantu pula dengan rakan-rakan media underground seperti TheVITH.my, Royal Rebel Kidz dan lain-lainnya. Lagu ini telah diputarkan di radio atas talian di Brazil oleh Breathing The Core.

Tidak cukup dengan sejarah yang tercipta ditahun-tahun sebelumnya, Lakes & Snadders hilang hala tujunya lagi dalam menempuh perjalanan mereka di-tahun 2016 oleh kerana Akhil mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan perjuangan bersama Lakes & Snadders atas dasar kekangan komitmen yang sangat tinggi pada ketika itu. Sekali lagi mereka mendiamkan diri untuk sementara waktu bagi menstabilkan kembali segalanya. Akan tetapi pada ketika itu bermula perkenalan mereka dengan bekas vokalis Running On Karma iaitu Azrul Adnan. Mereka mula membuat keputusan untuk mengambil Azrul Adnan sebagai pengganti Akhil dan mendedikasikan suaranya buat Lakes & Snadders. Mereka meneruskan semula pengembaraan yang panjang ini Sehingga pertengahan tahun 2016, mereka memecah keheningan dengan produk rasmi ketiga mereka (sambungan dari era Akhil) iaitu ALYSA (The Last Hope) bersama merchandise berupa baju Logo rasmi Lakes & Snadders dan kali ini permainannya agak berlainan kerana mereka tidak memfokuskan untuk mengeluarkan Music Video, Lyrics Video adalah pilihan mereka. Azrul Adnan bersama ahli Lakes & Snadders yang lainnya meneruskan perjuangan mereka dengan bermain gig dan mengeluarkan lebih kurang 3 merchandise berupa baju dan keadaan ini berterusan sehingga mereka bersetuju untuk memulakan langkah terpaling besar dalam perjuangan mereka iaitu untuk memproduksikan sebuah album rasmi yang berjudul sebulat suara, THEORY. Mereka masuk ke studio mereka dan telah menyiapkan 10 lagu yang bertajuk Theory, Isolation, The Horns, Reverence, Arise, Transmitted, Entwined, Paradox,
Memories dan Leaving Path. Lalu mereka mengeluarkan salah satu lagu dari album itu pada tahun 2017 yang bertajuk Entwined Ft. Frill of Ballroom Recital dalam bentuk Lyrics Video untuk tujuan mempromosi-kan album THEORY itu akan tetapi hasrat mereka untuk merilis album itu tidak kesampaian di-mana pada ketika itu juga Khalaf Khibir telah mengeluarkan pernyataan bahawa beliau tidak mahu lagi meneruskan perjuangan bersama Lakes & Snadders kerana keadaan memaksa beliau untuk berbuat demikian pada ketika itu berserta alasan yang tidak begitu jelas dan keputusan beliau diikuti pula oleh Siv yang mana tidak mampu lagi untuk bersama-sama Lakes & Snadders atas sebab ingin mengejar impiannya dan kemudian membuka sebuah band lain. Akhirnya projek besar-besaran rilisan album itu terpaksa di-berhentikan dan Lakes & Snadders kembali memperlahankan aktiviti mereka dek kerana patahnya hati mereka, tetapi Fazi Nashriq ada memuat-naik lagu dari album itu bertajuk Reverence secara tidak rasmi di laman Instagram dan Saluran Youtube beliau. Tetapi perjuangan harus diteruskan dan Lakes & Snadders juga telah lali dengan perkara sebegini, lalu mereka meneruskan dengan mengulangi semula apresiasi terhadap masa lalu dengan mengeluarkan salah satu lagu dari album yang hilang itu pada tahun 2018, iaitu Arise yang dirakam semula di Village Roof Studio oleh Matt Liew dari band ARC dan Fazi Nashriq telah berhubung dengan Ziddy Matin dan meminta untuk menyumbang-kan suaranya sekali lagi untuk Lakes & Snadders bagi projek ini atas dasar menghargai masa lalu bersama, maka keluar lah Arise Ft. ZD of Project Umbra (Asalnya, Clarity Arise). Mereka juga mengambil keputusan untuk menggantikan
posisi Khalaf Khibir dan Siv. Pada awalnya mereka mengambil seorang sessionist bagi menggantikan Siv, tetapi akhirnya mereka berjumpa dengan Johnny Revenge dari band Frost Revenge untuk menggantikan tempat Siv sebagai gitaris. Posisi Khalaf Khibir pula digantikan oleh orang yang berkebolehan iaitu Arief Iqmal dari band Esclave857.

Lakes & Snadders mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sekali lagi selama setahun dan cuma bermain 2 gig sahaja dalam tempoh itu, 2018 sehingga awal tahun 2020. Kini Lakes & Snadders kembali di tahun 2020 dan terdiri dari Azrul (Vokal), Zurin (Gitar), John (Gitar), Arief (Bass) dan Fazi (Dram). Hidup adalah seperti permainan papan, hanya nasib dan takdir yang dapat menyelamatkan anda. Kadang kala anda berada di puncak tangga, anda tidak akan tahu bila ular menggigit.

Sejarah demi sejarah dicipta oleh Lakes & Snadders sekian waktu. Bagaimana permainan dam Ular dan Tangga, begitu juga lah perjalanan sebuah band yang bernama Lakes & Snadders ini. Nama sesebuah band teramat lah penting kerana ianya sebuah doa jika disebutkan setiap masa. Kepayahan dan dugaan seperti ini bukan hanya dirasai oleh mereka tetapi yang seangkatan dengan mereka, yang mempunyai band dan yang sama waktu dengannya. Tidak semua mampu memberikan masa dan tenaga walaupun hanya sekejap, apatah lagi untuk tempoh waktu yang lama bertahun-tahun. Ini bukan lah perjuangan yang kecil bagi mereka, ini adalah perjuangan yang tersangat lah penting dalam separuh hidup mereka. Dengan perasaan yang selalu gelisah akan kewujudan diri sendiri terhadap dunia dan pergerakan tanpa henti yang tidak mengenal erti penat dan lelah. Betapa penatnya, betapa terseksanya jiwa, betapa perihnya mental dan fizikal menempuh hari-hari yang berlalu dengan memori yang terpahat di-benak pemikiran setiap kali ingin duduk tenang.



RESTLESS//RELENTLESS

Maka terciptalah sebuah lagu yang bertajuk RESTLESS//RELENTLESS yang mana jika anda bertanya dimanakah Restless dan dimanakah Relentless-nya, ada di perpecahan antara lirik dan muziknya. Lirik yang mewakilkan RESTLESS dan muzik yang mewakilkan RELENTLESS. Lagu ini boleh difahami secara umum dan boleh difahami secara personal kerana ia dikhaskan untuk orang-orang yang tidak mengetahui erti keletihan dan yang selalu bergerak untuk memuaskan
persepsi dunia terhadap mereka. Kerana perlunya memberitahu dunia bahawa keberadaan mereka bukan untuk menghancurkannya tetapi menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik dan ini juga menjadi salah satu kisah penat lelah mereka selama bertahun-tahun tetapi mereka tetap teguh dalam perjuangan dunia yang tidak berkesudahan.




Comments