MIM RILIS KODOKUSHI, TREK 9 MINIT BERKISARKAN MASALAH SOSIAL DI JEPUN



Kugiran post rock dari Kuala Lumpur, MIM merilis single Kodokushi sebagai rangka promosi EP mereka yang berjudul 'Runut Dalam Jeda' yang akan dirilis secara rasmi kelak. Kodokushi adalah sebuah trek 9 minit, berkisarkan tentang sebuah masalah sosial di Jepun yang melanda orang-orang tua di sana. Mereka terputus hubungan sosial dan tinggal berseorangan di apartment mereka, sehinggalah mereka mati berseorangan tanpa sesiapa pun ambil tahu. Kematian mereka hanya disedari oleh jiran sekeliling selepas mayat mereka sudahpun mereput dan bau busuk menusuk hidung.

Sebagai info, rekaseni muka hadapan bagi EP ini juga medapat sentuhan Huzaifah Mahmud, orang yang sama bertanggungjawab dalam rekaseni single MIM pada 2018, Space and Sound. Karya yang dihasilkan adalah berdasarkan intepretasi beliau terhadap lagu-lagu MIM dalam bentuk visual.



Melalui Kodokushi, seperti selayaknya sebuah lagu postrock, Kodokushi menyelimuti jiwa dan membawa anda menjadi sebahagian daripadanya dengan bunyian instrumen yang memberikan suara, makna lagu dan membawa emosi, menuang warna tematik ke dalam kanvas bunyi. Selain daya naratif terdapat dalam Kodokushi yang ekspresif memudahkan anda intepretasi karya kugiran postrock dari Kuala Lumpur ini dalam kepala, dimana menurut peribadi penulis, MIM menyuntik  nuansa kesan teaterikal dengan tematik yang gelap dan sepi ke dalam single Kodokushi.

Penjualan EP 'Runut Dalam Jeda' yang mengandungi enam buah lagu ini akan diumum secara rasmi kelak. Untuk mengetahui hal-hal semasa MIM, boleh ikuti mereka di medial sosial seperti pautan di bawah:

facebook.com/soundsofmim
twitter.com/soundsofmim
instagram.com/soundsofmim
soundsofmim.bandcamp.com






Comments