Orang Planet ditubuhkan pada sekitar tahun 2008 atau 2009 setelah tamat sekolah menengah dari pekan kecil di Kota Kinabalu, Sabah. Pada mulanya, Orang Planet amat tertarik dengan muzik bebas yang berlatarbelakangkan indie sehingga bersepakat untuk menubuhkan Orang Planet yang dipengaruh bunyian indie-rock. Berbeza dengan pembawaan Orang Planet masakini yang berevolusi dan cenderung kearah post-punk. Orang Planet adalah terdiri daripada Farees (dram) Onie (gitar dan Synthesizers) I.D (vokal dan gitar) dan Reena (bass)
Melalui interviu bersama wakil Orang Planet, I.D, sempat berbicara mengenai proses album Luz, konteks lagu Zionism dan pengaruh bunyian Orang planet.
Teks: I.D, Vokalis Orang Planet.
"Proses album Luz mula dirakamkan pada awal tahun 2017, tidak lama selepas kami mengeluarkan rilisan sebelumnya iaitu Posthumanism yang dirilis pada tahun 2016. Proses rakaman Luz lebih lama berbanding album sebelumnya oleh kerana setiap track yang dirakam secara berperingkat dan mengambil masa. Sememangnya kami sendiri tidak mahu rilisan kali ini dibuat dalam masa yang singkat sebab perlu lebih teliti dalam pemilihan bunyi, konsep, gear yang digunakan sepanjang proses rakaman dan ditambah pula dengan komitmen personal membuat jangka masa lebih lama selain gig yang disertai sana dan sini." Menurut I.D, lagu Lunatics dirakam oleh mereka sendiri di Home Studio di Kota Kinabalu.
"Track pertama yang mula dirakam dalam pelbagai versi, bermula dari rakaman sample track sehingga rakaman yang lebih sempurna kerana sepanjang tempoh rakaman keseluruhan album ini, kami juga bereksperimen dari sudut teknik rakaman dan bertukar-tukar idea sesama kami. Untuk Luz, ada lagu yang disiapkan dalam yang singkat, ada yang disiapkan dalam masa berbulan lamanya. Akhirnya, pada awal tahun 2019, Luz berjaya disiapkan dan memuatkan enam buah lagu kesemuanya iaitu, Zionism, Dead Things, Lunatics, No Regrets, Swastika dan Luz."
"Maksud Luz? nama Luz dipilih daripada Spanish yang bermaksud cahaya. Rilisan Luz diterbitkan oleh Ditydogs Records, sebuah label DIY yang berpusat di sebuah Private Record Store - The Terminus di Kota Kinabalu, sebuah rekod label yang sering merilis band-band bergenre punk dan hardcore."
"Untuk lagu Zionism sebenarnya lagu ini menyampaikan mesej yang agak jelas jika diteliti bait lirik lagu ini yang sangat ringkas, yang mana mengutuk dan memprotes aktiviti-aktiviti zionis membunuh mereka yang tidak bersalah selain jenayah perang mereka terhadap Palestin dan negara lain. Lagu ini diciptakan tidak sama sekali untuk menimbulkan rasa kebencian terhadap mana-mana pihak ataupun bersifat rasisme pada mana-mana agama dan bangsa. Apalah sangat kasarnya bahasa yang kami gunakan dalam lirik lagu Zionism ini jika nak dibandingkan dengan keganasan, pembunuhan yang mereka lakukan terhadap wanita, anak-anak kecil yang tidak berdosa. Kami hanya memprotes."
Keika pertama kali mendengar Luz via kaset, Luz kedengaran terlalu "dark" dan itu timbulnya persoalan mengenai konsep Luz atau itu hanya persepsi dari pendengar. I.D menjawab persoalan tersebut dengan mengatakan tidak menafikan konsep "dark" dan unsur-unsur tersebut dalam bunyian album Luz. "Sebenarnya kami cuba untuk ciptakan melodi yang catchy tapi keras serta komposisi yang sedikit kompleks dari average band yang ada diluar sana. Tidak ada guideline yang kita perlu ikut untuk susun arrangement sesuatu lagu bagi kami. Ianya bebas!
konsep lagu dalam Luz tidak dinafikan ada unsur-unsur dan bunyian dark dalam beberapa track daripada vokal yang gloomy ke bunyi synthesizer dan efek gitar yang dreamy sedikit distort. Mungkin terikut-ikut dari band yang kami dengar dan ambil sebagai rujukan sepanjang proses pembikinan Luz. Tetapi kami tidak merancang untuk dilabel sebagai dark atau seperti itu."
"Mengenai pengaruh muzik pula, bukan hanya dipengaruhi Joy Division, tapi ada ciri-ciri Joy Division yang kami ambil tapi jelas sekali bukan dari segi arrangement lagu. Arrangement mereka menarik dan simple, tidak hanya relevan pada zaman mereka tetapi sehingga kini. Bagi kami lagu-lagu mereka dan penulisan lirik mereka adalah genius seperti lagu-lagu dalam album Closer dan Unknown Pleasure. Kami banyak serap melodi band dari Hamburg, Jerman, Xmal Deustchland, dimana melodi mereka begitu catchy tetapi tidak begitu ceria. Mungkin mengambil sedikit inspirasi dari bunyian dram dan gitar mereka. Lagu pilihan kami untuk band Xmal Deuscthland ini kami gemar mendengar lagu Polarlicht dan Mondlicht. Untuk band Soviet Soviet pula kami banyak menyerapkan bunyian gitar. Soviet Soviet banyak mengenakan bunyian overdrive, distortion dan fuzz yang kerap dicampur dengan reverb, delay dan chorus dalam kebanyakan track mereka seperti lagu Esctacy dan Pantomime"
"Secara jujur banyak lagi band yang kami dengar sepanjang proses rakaman Luz seperti Belgrado, She Past Away, Second Still dan Masses. Kita juga sudah banyak band lokal yang menarik"
Soal projek seterusnya, Orang Planet dalam perbincangan membuat tour namun masih peringkat awal selain bermain lebih banyak gig. "So far, masih belum tahu apa akan terjadi pada band buat masa akan datang selain push Luz selagi ianya masih panas dan we don't expect much from this scene, we just doing things we love."
ReplyDeleteayo daftar di agen365*com :D
WA : +85587781483